Saturday, 12 July 2014

Nasi Ayam Penyet

Assalamuailaikum...Kali ini saya nak share resipi nasi ayam penyet. Dulu masa belajar kat Johor, selalu makan nasi ayam penyet ni. Resipi saya try bulan lepas, baru ada masa nak share hari ini. Alhamdullilah, sekali try ayam penyet menjadi. Cume, sambal ayam penyet saya try dua kali baru menjadi.


Ok, ini resipi nye:


Untuk Ayam Penyet - Rasa ayam penyet ni lebih kurang seperti ayam berempah  :
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kepada 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan. Air rebusan ayam boleh digunakan untuk membuat sup ayam
1/2 sudu besar jintan manis - digoreng tanpa minyak
1/2 sudu besar jintan putih - digoreng tanpa minyak
3 sudu besar biji ketumbar - digoreng tanpa minyak
1 sudu besar kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai - Untuk menghasilkan serdak
Sedikit air
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar (kecuali minyak masak) dan dikisar sehingga halus.
2. Lumur bahan yang dikisar pada ayam semalaman- Makin lama diperap makin sedap. Saya sempat 4 jam sahaja, tapi itu pun dah sedap.
3. Setelah perap semalam, biarkan ia pada suhu bilik.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga goreng. Gunakan api yang sederhana, untuk mengelakkan rempah hangit dan ayam tak masak.
5. Taburkan serdak hasil dari gorengan keatas ayam goreng.

Untuk sambal ayam penyet - Confirm sedap! :D
Bahan-bahan:
ikan bilis
Sedikit belacan
3 ulang bawang merah
3 ulang bawang putih
10 cili padi - ikut selera
5 cili merah - ikut selera
1 biji tomato - dipotong dadu
garam secukup rasa
Sedikit gula merah - ikut selera
Sedikit jus limau/lemon
Sedikit minyak

Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian, goreng ikan bilis dan belacan, goreng hingga wangi dan angkat.
2. Kemudian, Goreng bawang merah, bawang putih, tomato, cili padi, cili merah hingga layu. Tutup kuali ketika menggoreng kerana cili mudah meletup.3.Kemudian, masukkan semua bahan gorengan dalam lesung batu, tumbuk perlahan2 hingga hancur.  Sekiranya tak dapat menumbuk, boleh juga dikisar dengan pengisar. hasil yang sama. 
4. Kemudian, masukkan garam, gula , gula merah dan jus limau secukup rasa.
5. Last sekali,  masukkan semula sambal belacan yang dah ditumbuk ke dalam kuali dan goreng didalam minyak yang sedikit 5 minit dengan api perlahan.
Ok, siap!! Untuk lebih jelas tentang cara buat sambal ayam penyet, boleh direfer pada video ini
** Boleh dilebihkan kuantiti cili hijau dan merah kerana apabila sambal ayam penyet digoreng, cilinya jadi kurang pedas. 

Untuk Sup Ayam
Bahan-bahan:
 Ayam dan kaki ayam - dipotong kecil
2 batang kayu manis
Bunga Lawang
Biji pelaga
Ketumbar
Daun sup
2 Bawang merah dan bawang putih
Halia
Bawang goreng
Sup bunjut adabi
Air rebusan ayam
Garam

Cara penyediaan:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumis dalam periuk. Kemudian, masukkan bunga lawang, biji pelaga, kayu manis dan ketumbar. Tumis sehingga naik wangi. 
2. kemudian, masukkan air rebusan ayam kedalam periuk yang sama. Panaskan sehingga mendidih. Masukkan ayam dan sup bunjut. 
3. Setelah ayam masak, masukkan sedikit garam.
4. Setelah siap, taburkan daun sup dan bawang goreng. Ok, siap!

Untuk Ulam-ulaman:
2 batang kacang panjang - dipotong
3 keping daun kubis
Tauhu- dilumur dengan rencah ayam penyet dan digoreng.
Tempe - dilumur dengan rencah ayam penyet dan digoreng.

Terima kasih pada tuan resipi ini kerana share cara untuk membuat ayam penyet dan blog ini untuk cara membuat sambal ayam penyet. Ok, sekiannn..... Selamat mencuba! :D









Friday, 11 July 2014

Aiskrim Yogurt Peach

Hai!! Minggu lepas lisa ada publish resipi aiskrim buah-buahan kan..Ok, kali ini nak share resipi aiskrim yogurt buah-buahan lak.. Buah yang terpilih kali ni peach. Tak berani nak amik strawberry/kiwi sebab yogurt masam, so macam tak sesuai guna buah yg masam...hee..So,resipi ini khas untuk peminat yogurt dan aiskrim buah. Resipi ini diolah sedikit berbanding resipi asal  di sini .Ia sangat mudah dan sedap.So, korang boleh tryla kat rumah..hee


Bahan-bahan (Untuk 8 batang aiskrim) :

1 tin buah peach- 3 hiris buah peach diasingkan untuk diblend kedalam yogurt. Selebihnya dipotong kecil.
2 botol yogurt - Jenama Marigold peach/ original
3/4 kotak kecil susu HL Marigold Low Fat
Madu



Cara-caranya:
1. Blend yogurt, 3 hiris buah peach, madu dan susu Marigold selama 3 minit. Kemudian, asingkan.



2. Masukkan buah peach yang dipotong tadi kedalam bekas aiskrim.


3. Kemudian, masukkan yogurt yang telah diblend tadi berselang-seli dengan buah peach. Setelah penuh, tutup dan masukkan kedalam peti ais.





4. Siap! Esok dah boleh makan! Bahagian atas tu buah peach, sedap! :)





**Semasa nak menanggalkan aiskrim dari bekas, seeloknya direndam dalam air sekejap bekas. Ini bagi memudahkan aiskrim ditanggalkan dari bekas.

Sekian..



Tuesday, 8 July 2014

Begedil gempol

Assalamuailaikum semua.. Harini lisa nak share resipi bergedil gempol..comel kn name dier..hehe..tapi sebab dier bulat gempul, so sgt sesuai dgn nama ni..hee.. Actually, buat bergedil gempol ni sebab last week buat soto. So, next time lisa akan share lak resipi soto ayam gempol.

Ok, teaser teaser teaserr...


Ok, ni resipinyer:

Bahan-bahan:

12 biji kentang - dipotong dadu
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
1 biji bawang besar
1 biji telur
lada putih
hirisan ayam - kalau tak nak hirisan ayam, boleh juga diganti dengan danging cincang, udang kering
kunyit
sedikit garam

Cara penyediaan:

1. Lumurkan kentang dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng sehingga kentang masak.


2. Goreng bawang. Asingkan. Goreng hirisan ayam. Asingkan



3. Potong halus daun bawang dan daun sup.
4. Kemudian, tumbuk kentang, bawang, ayam secara berasingan. Setelah semua ditumbuk, campurkan kedalam mangkuk. Masukkan juga daun sup, daun bawang dan lada putih. Letakan sedikit garam.



5. Kemudian, gaul kesemua bahan sekali sehingga sebati dan rasa mencukupi.
6. Buat bentuk bulat-bulat seperti dalam gambar dibawah.



7. Setelah itu, sadurkan dengan telur dan goreng dalam api yang sederhana. Jangan terlalu lama, takut minyak diserap kedalam bergedil dan bergedil hangit.


8. Setelah goreng, diangkat dan ditoskan. Ok, sudah siap!!Selamat mencuba! :)













Thursday, 3 July 2014

Aiskrim buah-buahan....



Hye uolss.. selamat berpuasa..hee... Tak nak taip pnjg2, almaklumla puasa....Ok, kali ni lisa nak share resipi aiskrim buah-buahan. Sangat sedap! Bayangkan harini lisa buat, esok da habis. Terus buat stok baru..hehe...untuk adam. Sangat mudah + pejam mata pun leh buat .. ;p

Okla, ni teasernyer...


Nampak best kan?rasenyer best tau..korang should try.. :)


Ok, ni resipi untuk aiskrim buah-buahan

Buah-buahan:

3 biji strawberry - dipotong kecil + ikut suka
1/2 biji mangga - dipotong kecil + ikut suka
2 biji kiwi - dipotong kecil + ikut suka
3 biji limau oren


Syrup Lemonade Honey:

1/2 biji lemon - diperah
1 1/2 honey - kemanisan ikut sedap rasa

Cara - cara penyediaan:

1. Potong kecil buah- buahan - strawberry,kiwi, limau, mangga


2. Masukkan buah-buahan yang telah dipotong ke dalam bekas aiskrim - bekas saya beli kat daiso





3. Setelah buah diisi penuh, isikan bekas tadi dengan syrup lemonade honey sehingga penuh.



4. Setelah penuh, masukkan ia ke dalam peti ais semalaman. Dah siap! Blh makan dahhh... ;p

** Buat sekali tak cukup, sehari jer dah habis. Ni saya buat second batch lak....tapi kali ni buah tak campur-campur...ikut jenis buah...




Sedap!Selamat mencuba!!....

Tuesday, 24 June 2014

Puding Aiskrim Kiwi Strawberry

Assalamualaikum..hai korang!hopefully korang in good health..hee. Okla, kali ni lisa nak share resipi puding aiskrim kiwi strawberry. Actually, nak buat puding jer, tapi bile letak dalam sejuk beku jd aiskrim, rasenyer lagi sedap lak. At last, i name it "Puding Aiskrim Kiwi Strawberry"!!hehe...

Ok, ni la puding kiwi strawberry *sebelum jadi aiskrim*


                                            *comelkan..macam2 bentuk ade..hehe..

Ni la Puding aiskrim kiwi strawberry.. Taraaaa!!!!


Nampak sedap kan.. :P

Okla, kat bawah ni resipi tuk puding aiskrim ni..

Bahan-bahan ( 20 cup )

  • Untuk puding kiwi:
  • Serbuk agar-agar (jenama Swallow warna hijau)
  • 2 1/2 air
  • Gula ( Kuantiti gula bergantung kepada citarasa masing2)
  • 2 biji buah kiwi ( Jangan terlalu banyak, boleh menyebabkan puding kiwi kelat dan terlalu masam)
  • 1/2 tin susu cair
  • sedikit perwarna hijau
  • sedikit hirisan kiwi dipotong dadu. Untuk hiasan
  • Untuk puding strawberry:
  • Serbuk agar-agar (jenama Swallow warna hijau)
  • 2 1/2 air
  • Gula ( Kuantiti gula bergantung kepada citarasa masing2)
  • 4 biji buah strawberry
  • 1/2 tin susu cair
  • sedikit perasa strawberry warna merah. Seeloknya perasa tersebut menpunyai bau dan rasa seperti strawberry. menjadikan puding rasa lebih sedap.
  • sedikit hirisan strawberry dipotong dadu. Untuk hiasan seperti gambar diatas.

Cara-cara

  1. Separa kisar kiwi dengan pengisar dan masukan 1/2 cawan air untuk memudahkan pengisaran. Sama cara untuk strawberry.
  2. Masukkan 2 1/2 air, susu cair, gula dan serbuk agar-agar kedalam periuk dan masak hingga mendidih. Sekiranya warna tidak menarik, boleh tambah sedikit perwarna. Sama step untuk kedua-dua perisa, kiwi dan strawberry.
  3. Kemudian, masukkan bancuhan kiwi kedalam acuan puding. setelah agak keras, masukkan bancuhan puding strawberry pula. p/s: Pastikan puding kiwi tidak terlalu keras, terus masukkan puding strawberry. jika terlalu keras, kedua2 puding ini tidak akan melekat. Sekiranya puding kiwi dah terlalu keras, kuiskan permukaan nya sebelum diletakkan puding strawberry itu. (saya guna acuan getah, senang untuk tanggalkan puding dari acuam)
  4. Kemudian, masukkan kedalam peti ais. Sekiranya mahu menjadikan puding ini aiskrim, letakkan ia didalam sejuk beku sehari. Sudah siap, selamat mencuba! :)



Wednesday, 18 June 2014

Kek Trifle Buah Campuran

Assalamualaikum para blogger dan silent reader..
Ini post dan juga resipi pertama saya. Resipi kali ini adalah kek triffle buah campuran.
Segala langkah-langkah dan pantang larang semasa buat kek ini akan saya sertakan sepanjang penulisan resipi ini.
Selamat mencuba!hee :)

 
 KEK TRIFLE BUAH CAMPURAN
BAHAN-BAHAN: 

(2 adunan-untuk 20 orang makan)

2 buah kek gulung ( perisa pandan/coklat/oren-boleh didapati di pasaraya Giant etc)
2 tin susu cair
400 ml air
8 sudu besar tepung kastard jenama Nona. (Jenama lain saya pernah try, tapi tak sesuai sebab agak lembik dan akhirnya kek hancur)
12 sudu besar gula (boleh kurangkan sekiranya mahu kurang manis)
4 sudu teh esen vanilla
1 tin buah campuran
4 biji kiwi (optional)
1 tangkai aggur (opotional)
1 kotal jelly jenama Nona (perisa strawberry)
sedikit pewarna dan perasa strawberry

CARA PENYEDIAAN:
1. Susun kek gulung didalam bekas kaca seperti dibawah...




2. Renjis air buah campuran keatas kek gulung yang disusun tadi, untuk biar kek lembap.
3. Kemudian, campurkan susu cair, air, tepung kastard, gula dan esen vanilla di dalam periuk. Kemudian masak atas api sederhana sehingga bancuhan kastard menjadi agak pekat. *Jangan terlalu pekat, sekiranya terlalu pekat, ia akan bergumpal diatas kek dan menjadi tak lawa*
4. Selepas itu, terus tuang bancuhan kastard  keatas kek gulung tadi dan biarkan seketika pada suhu bilik supaya kastard keras.



5. Setelah keras, susun buah campuran + kiwi +anggur diatasnya.




6. Selepas itu, panaskan serbuk jelly didalam periuk mengikut sukatan seperti dikotak. Setelah siap, tuang jelly (masih panas) keatas buah campuran yang disusun tadi




7. Kemudian, biarkan kek triffle ini sejuk didalam peti ais..da siap!! Selamat mencuba! :)



p/s:  Sedap sgt tau dimakan time sejuk..nyum2...hee